gud byeee headache!

Setelah 2 hari ni aku sakit kepala tanpa sebab, di hari yg mulia ni - hari jumaat, sakit kepala aku pergi meninggalkan aku dengan sukarelanya. Yeahh!! Lega aku..sakit gila kot 2 hari ni. Rasa berdenyut-denyut + macam ada bump kat atas kepala. Aku ni dah pikir bukan-bukan da, ingatkan ade tumor pulak. HAHA.

Nak cakap aku ade tekanan, takde pun. Tapi rasa-rasanya, tekanan sikit sabab assignment menimbun waktu tengah cuti ni, ade la kot sikit-sikit. Pape pun, syukur la yang amat sangat sebab dah hilang sakit ni. Seriously, aku dah start pikir bukan-bukan dah..siap plan nak gi wat medical check up lagi pagi Isnin ni. Nasib baik semua dah ok :)



p.s: maybe sakit lama sket sebab tak makan ubat kot. Aku ade dengar-dengar orang cakap, panadol ni bukan elok sangat pun. Berkesan kejap je, simpan lama-lama dalam badan, kang jadi toksik. Sebab tu la doktor sendiri pun malas makan ubat. HAHA