Auummmmm!!

Nampaknya Harimau Malaya mengaum lagi. Aku sendiri pun dah lupa, bila the last time orang luar pandang Malaysia. Maybe waktu zaman Allahyarham Mokhtar Dahari dulu. Budak-budak zaman sekarang, entah-entah sape SuperMokh pun tak kenal sape kan? Dato' Mokhtar Dahari ni telah diberi gelaran SuperMokh dan dinobatkan sebagai penyerang terbaik Asia oleh majalah World Star Soccer pada 1976 dulu. Nasib baik waktu sekolah rendah dulu, aku ade belajar pasal biografi dia. Kalau tak memang tak kenal la..




Berbalik pasal match malam semalam, walaupun Malaysia menang dengan agregat 4-2, tapi aku agak frust la. Tengok skuad kita main, performance agak menurun kalau nak dibanding dengan 1st leg aritu. Mungkin sebab dah dapat kedudukan selesa sikit kot? Apa-apa hal pun, hati aku tetap dengan Skuad Harimau Malaya. Keep it up the good work! :)

Lagi yang aku nampak, makin ramai perempuan melayu sekarang ni tengah aim pemain-pemain lelaki kita. Maklum la, K. Rajagopal rekrut semua yang hot-hot. Haha! Tapi bagus la, daripada dok tergilakan vampire omputih tu. Antara yang aku nampak tengah up sekarang ni, of course la penjaga gol yang ala-ala muka cina tu - Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex atau KFCM. Tapi sayang, si Apex ni dah berpunya ye. Awek dia cun pulak tu..jeles aku! haha :D


Ada lagi 2-3 orang pemain kita yang tengah hot sekarang ni, tapi tak larat pulak nak taip banyak-banyak ni. Jam pun dah pukul 8.30, aku nak gi breakfast dulu..adios!

p.s: kepada yang nak usha-usha awek si Apex ni, boleh la tengok kat SINI. Tapi usha je ok, jangan kacau. Haha!

Malaysia VS Indonesia - Bola Sepak AFF Suzuki Cup 2010

Macam yang kita semua tau, malam ni (26 Disember 2010) Malaysia akan berentap dengan Indonesia untuk merebut piala AFF Suzuki 2010. Seriously la, aku bukan minat sangat bola sepak ni. Tambah-tambah lagi kalau nak tercangak depan tv tu sorang lama-lama. Tapi kalau member-member ajak gi tengok bola kat kedai mamak ramai-ramai tu, aku syok la join.




Nak dijadikan cerita, malam ni aku kena gak tengok match ni, even kalau aku sorang-sorang pun. Kenapa? Ada 2 sebab:

- bukan senang nak tengok Malaysia pergi final, so wajib tengok!
- lawan Indonesia. Tadi, masa aku tengah online facebook aku ternampak posts sorang indon ni. Memang bikin panas beb! Tapi aku diam dulu la..malam ni kalau Malaysia menang, aku nak gi BOOOO posts dia tu. Amacam..mau join?



Aku dapat tau, malam ni RTM akan siarkan siaran langsung tepat pukul 8 malam nanti. Takde delay untuk bagi laluan untuk berita dulu. Nice! Untuk yang tak boleh lekang daripada lappy korang tu, korang leh streaming je daripada internet. Ini laman web nye: http://www.livetvcenter.com/rtm_tv1_606.asp

p.s: tak sabar nak tengok masa starting lagu Negaraku dimainkan nanti. Apa la Indon-indon tu nak buat nanti. Haha!

R.I.P for the COW



Setelah beberapa hari aku create blog ni tanpa sebarang post, sebab mati kutu hari-hari aku fikir, ape nak tulis..tapi malam ni, aku rasa aku tau ape nak tulis...



19 Disember - 12.00 tengah malam

Waktu ni, aku ada dalam kereta bapak aku; otw balik daripada Ipoh sebab ada kenduri bapak sedara aku tadi. Jalan balik waktu-waktu camni, paham-paham je la. Dengan sunyinya, seram pun ada. Maklum la, keliling penuh dengan lori je. Bapak aku pulak bawak kereta, jangan cakap la. Gila punya laju.

Agak-agak dalam pukul 12.09 tengah malam tu, kitorang baru je 10 minit keluar daripada Tol Taiping, nak balik Bagan Serai. Dalam bapak aku tengah bawak laju tu, tiba-tiba je bapak aku corner mati punya. Macam nak mengelak something kat atas jalan tu. Kitorang pun macam nampak ade satu benda gedabak punya besar, tengah bertenggek kat atas jalan tu. Curious punya pasal, bapak aku pusing balik, nak usha benda apa tu. Lagipun, memang ada 5-6 orang kat tepi jalan tu.

Sampai kat tempat tu, aku tengok ada sekor lembu tengah terbaring, sekali dengan kaca-kaca bersepai kat atas jalan tu. Dia la yang bapak aku elak tadi tu. Rupa-rupanya, waktu lembu tu nak lintas jalan tadi, ada lori terlanggar dia. Tu yang bersepai habis atas jalan tu. Aku agak, maybe lori tu terlanggar sikit je, sebab tengok takde darah pun kat lembu tu.

Sambil tengah usha kesian kat lembu tu, aku nampak ada sebijik Myvi Putih datang. Memang laju gila, sebab mula-mula aku tak perasan pun ada kereta datang. DUSHHUMMM!! Depan-depan mata aku, Myvi tu langgar lembu tu. Aku tengok, dekat 1 meter gak la lembu tu terpelanting. Perasaan aku time tu, memang dah tak boleh nak cakap dah. Bayangkan la, even lembu tu tengah baring pun, dia still hidup sebab aku nampak kepala dia terangkat and goyang-goyang lagi.

Rasa macam nak angkat lembu tu, bawak gi hospital je. Adik aku dalam kereta tu dah mencarut-carut dah kat driver tu. Mak aku yang tak nampak benda tu jadi tadi, dok terpinga-pinga tanya apa yang jadi. Bapak aku cepat-cepat amik u-turn, lalu kat sebelah lembu tu balik. Memang mati dah pun dia. Jalan lagi, lalu sebelah kereta Myvi tadi tu sebab dia berhenti kat tepi jalan. Bumper depan memang berkecai dah, tapi driver dia, aku tengok ok je, tengah dok belek-belek kereta dia. Sial punya orang, rasa nak pegi langgar je dia pulak. Driver melayu, muda lagi pulak tu.


Otw balik rumah tu, aku teringat mak aku selalu pesan, jangan bawak moto laju-laju. Ni baru la rasa takut. Hari-hari tengok accident dalam berita tu, tak takut pulak. Tepat pukul 12.45, kitorang selamat sampai ke rumah.


So, sapa-sapa korang yang suka bawak kenderaan laju-laju tu, pikir la 2-3 kali. Jangan sampai jadi macam aku, baru nak fikir. Hmmm..



p.s: Apa yang jadi tadi, still terbayang-bayang dalam otak aku ni. Trauma kot?