R.I.P for the COW



Setelah beberapa hari aku create blog ni tanpa sebarang post, sebab mati kutu hari-hari aku fikir, ape nak tulis..tapi malam ni, aku rasa aku tau ape nak tulis...



19 Disember - 12.00 tengah malam

Waktu ni, aku ada dalam kereta bapak aku; otw balik daripada Ipoh sebab ada kenduri bapak sedara aku tadi. Jalan balik waktu-waktu camni, paham-paham je la. Dengan sunyinya, seram pun ada. Maklum la, keliling penuh dengan lori je. Bapak aku pulak bawak kereta, jangan cakap la. Gila punya laju.

Agak-agak dalam pukul 12.09 tengah malam tu, kitorang baru je 10 minit keluar daripada Tol Taiping, nak balik Bagan Serai. Dalam bapak aku tengah bawak laju tu, tiba-tiba je bapak aku corner mati punya. Macam nak mengelak something kat atas jalan tu. Kitorang pun macam nampak ade satu benda gedabak punya besar, tengah bertenggek kat atas jalan tu. Curious punya pasal, bapak aku pusing balik, nak usha benda apa tu. Lagipun, memang ada 5-6 orang kat tepi jalan tu.

Sampai kat tempat tu, aku tengok ada sekor lembu tengah terbaring, sekali dengan kaca-kaca bersepai kat atas jalan tu. Dia la yang bapak aku elak tadi tu. Rupa-rupanya, waktu lembu tu nak lintas jalan tadi, ada lori terlanggar dia. Tu yang bersepai habis atas jalan tu. Aku agak, maybe lori tu terlanggar sikit je, sebab tengok takde darah pun kat lembu tu.

Sambil tengah usha kesian kat lembu tu, aku nampak ada sebijik Myvi Putih datang. Memang laju gila, sebab mula-mula aku tak perasan pun ada kereta datang. DUSHHUMMM!! Depan-depan mata aku, Myvi tu langgar lembu tu. Aku tengok, dekat 1 meter gak la lembu tu terpelanting. Perasaan aku time tu, memang dah tak boleh nak cakap dah. Bayangkan la, even lembu tu tengah baring pun, dia still hidup sebab aku nampak kepala dia terangkat and goyang-goyang lagi.

Rasa macam nak angkat lembu tu, bawak gi hospital je. Adik aku dalam kereta tu dah mencarut-carut dah kat driver tu. Mak aku yang tak nampak benda tu jadi tadi, dok terpinga-pinga tanya apa yang jadi. Bapak aku cepat-cepat amik u-turn, lalu kat sebelah lembu tu balik. Memang mati dah pun dia. Jalan lagi, lalu sebelah kereta Myvi tadi tu sebab dia berhenti kat tepi jalan. Bumper depan memang berkecai dah, tapi driver dia, aku tengok ok je, tengah dok belek-belek kereta dia. Sial punya orang, rasa nak pegi langgar je dia pulak. Driver melayu, muda lagi pulak tu.


Otw balik rumah tu, aku teringat mak aku selalu pesan, jangan bawak moto laju-laju. Ni baru la rasa takut. Hari-hari tengok accident dalam berita tu, tak takut pulak. Tepat pukul 12.45, kitorang selamat sampai ke rumah.


So, sapa-sapa korang yang suka bawak kenderaan laju-laju tu, pikir la 2-3 kali. Jangan sampai jadi macam aku, baru nak fikir. Hmmm..



p.s: Apa yang jadi tadi, still terbayang-bayang dalam otak aku ni. Trauma kot?

4 comments:



Anonymous said...

akhirnya aku taw crita ni dgn lbih terperinci.........

sickchild said...

hahaha kelakar doh nak bawak lembu gi spital wakakak aku pun pna rasa camni gak haha

Shuhaida Subri said...

RIP for the cow.. cian.. huhuhuhu

brat2104 said...

mujur lembu yang dilanggar. kalau org? pemandu myvi tu mmg x sensitif

Post a Comment

Apa kata anda?